BUKAN
sesuatu yang luar biasa apabila minat membaca di kalangan generasi muda semakin merudum.
|
Ada yang
berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen
menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.
Peperangan
di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan
sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan
amalan membaca cara hidup.
Pakar
pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya
minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.
National
Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian
terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau
kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina
semula sistem budaya mereka.
Menurutnya,
jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan
gagal.
Pelik
apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia
mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik.
Jurang
yang pada mulanya kecil menjadi besar kerana masing- masing cuba menegakkan
pendapat sedangkan membaca satu keperluan bukan paksaan.
Dewasa ini kita boleh lihat,
perkembangan teknologi berlaku dengan sangat pantas sehingga kita sendiri tidak
mampu mengejar apatah lagi mengaplikasikannya. Bahkan kita sendiri tidak sedar
bilakah wujudnya teknologi tersebut. Tidak dapat dinafikan, teknologi memainkan
peranan yang penting pada zaman ini. Saya juga tidak terlepas daripada golongan
orang yang memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian. Jika tanpa teknologi,
mana mungkin saya mampu melancarkan penulisan blog ini.
Bagaimanapun, kebanjiran teknologi juga memberi impak yang
besar kepada perkembangan minda dan daya kreatif golongan remaja masa kini
memandangkan golongan tersebut merupakan pengguna terbesar peralatan dan
pengaplikasian teknologi. Dalam teknologi berbentuk peralatan, remaja begitu
taksub dengan peralatan-peralatan terbaru seperti telefon bimbit, kamera
digital, pemain mp3, mp4 dan sebagainya. Dalam bentuk pengaplikasian pula,
remaja gemar menghabiskan masa bermain permainan video sama ada di pusat
internet (cyber cafe) mahupun di rumah.
Teknologi ini walaupun pada dasarnya menyenangkan kita, tetapi akhirnya menjadikan kita terlalu bersenang-lenang sehingga menjadikan kita golongan pengguna teknologi. Sepatutnya daripada kita menjadi golongan pengguna, adalah lebih baik untuk kita menjadi golongan pencipta. Secara senyap, kita sebenarnya membenarkan minda kita berada dalam gelombang alfa iaitu gelombang yang membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan rileks. Tenang memang baik tetapi bukan setiap masa kerana akhirnya akan menjadikan kita leka. Daya kreativiti kita akan mati kerana kita tidak membenarkan minda kita berada dalam gelombang beta iaitu pemikiran kreatif.
Tahniah diucapkan kepada Barat kerana niat "mulia" mereka untuk mengteknologikan masyarakat sebenarnya lebih bertujuan untuk mengawal minda masyarakat. Paling penting untuk mengawal pertumbuhan ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kuasa ekonomi tetap di tangan mereka. Inilah perancangan yang telah dilakukan sejak sekian lama sehingga tidak ramai yang menyedarinya. Wujudnya televisyen tidak lebih kepada supaya masyarakat akan melebihkan masa di dalam rumah dan melupakan tradisi kemasyarakatan seperti bergotong-royong. Akhirnya semangat kemasyarakatan akan terhapus dan digantikan dengan sikap individualistik. Maka semakin mudahlah mereka menjajah pemikiran kita.
Jadi, ayuhlah kita memulakan perubahan dengan amalan membaca kerana membaca memberikankan kita lebih informasi dan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta menjadikan diri bersifat berdaya saing. Sekian.

terbaik...
ReplyDeletewow... (^^)
ReplyDeletekeep learning. tahniah!
ReplyDeleteبسم الله الرحمن الرحيم
ReplyDeletesaya bersetuju dengan saudari. penyalahgunaan teknologi mampu menghapuskan budaya-budaya yang amat penting di dalam kehidupan apabila teknologi yang di dambakan terus menghanyutkan manusia dengan hanya keseronokan sementara. kerajaan sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan penyalahgunaan teknologi agar ia tidak terus menjadi barah yang menular di dalam masyarakat kita..
wallahu'alam
Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kemudahan teknologi kini telah membunuh minat membaca generasi hari ini.. Tak perlu besusah-payah untuk membuktikannya kerana kita boleh lihat sendiri keadaan diri kita pada hari ini.. Malah saya mengakui bahawa diri saya sendiri telah lerlarut dalam kemudahan teknologi ini dan sekali gus mengurangkan nilai-nilai usaha yang dipraktikkan selama ini.. Namun,alhandulillah saya cuba untuk memaksimakan kebaikan yang diperoleh.. saya cuba menimba sebayak mungkin ilmu yang berfaedah dari laman-laman sosial seperti facebook dan sebagainya.. malah, kini saya dah mula menjinakkan diri dalam perniagaan online.. Jadi, kita sendiri mestilah pandai memaksimumkan kebaikan dalam setiap apa yang kita ceburi..
ReplyDeleteTeknologi seharusnya menjadi sebahagian prasyarat untuk minat membaca..dengan blog-blog dan buku-buku yang dapat dibeli melalui online,minat membaca boleh diterapkan dan x adil untuk menyalahkan teknologi jika kurang membaca cuma pembaca perlu pandai pilih bahan bacaan ini kerana "we are what we read" ^_^
ReplyDeleteMaaf mungkin pandangan saya agak berbeza dengan pandgn saudari..bagi saya punca utama daripada masalah "tidak mahu membaca" bukanlah disebabkan teknologi, tetapi ia kerana sikap individu itu sendiri yang tidak suka mendapatkan maklumat lanjut atau mencari inisiatif berkenaan cara terbaik untuk memupuk minat membaca kerana lebih mementingkan hiburan.
ReplyDeleteSelain itu, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak suka membaca adalah kerana bahan bacaan yang dijual di malaysia adalah sangat mahal, ia sangat membebankan kepada masyarakat terutama penuntut ilmu di negara kite (pelajar/mahasiswa) untuk membeli buku.
Teknologi memainkan peranannya tersendiri dengan memberi faedah berupa bahan bacaan yang mudah didapati dan berfaedah. masyarakat kini perlu cerdik dalam arus dunia teknologi kini dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi dan bukannya leka mengejar hiburan dan mencari maklumat yang tidak berfaedah.
Teknologi sebenarnya bukan menjadi penyumbang utama kepada perkara negatif tetapi, semuanya berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab individu atau masyarakat itu sendiri.
sekian.
penggunaan teknologi banyak membantu manusia kini. namun terdapat pro dan kontranya apabila sesuatu teknologi itu diperkenalkan. walaupun terdapat segelintirnya menjadikan teknologi internet sebagai alat untuk bersenang lenang (copy paste bila menyiapkan tugasan), tetapi teknologi internet juga banyak membantu untuk memudahkan pelajar mengkaji mengenai tugasan yang diberikan tanpa perlu ke perpustakaan ataupun meminjam buku sebaliknya hanya menbimbit laptop kemana sahaja untuk mencari maklumat.
ReplyDelete