Tuesday 22 May 2012

Pengenalan Diri

Nama                                    : Emy Marhin Binti Aman
No. Matrik                            : A132860
Tutorial                                  : Selasa
                                              8.00 malam – 10.00 malam
Program                               : Sains Aktuari
Tahun Pengajian                   : Tahun 2
Semester                              : Sesi 2 2011/2012
Tempat                                 : Makmal Komputer 3, Dewan Budiman
E-mail                                   : marissabatrisya@rocketmail.com

Tuesday 15 May 2012

Produk Inovasi

Assalamualaikum dan Salam Ceria ^^

berikut merupakan produk yang berjaya dihasilkan dengan menggunakan kotak minuman dan penutup botol.










Video Kumpulan


Assalamualaikum dan Salam Ceria ^^,



Produk Inovasi

Penghasilan bekas pensil menggunakan tin yang sudah digunakan.









Monday 14 May 2012

. : Video Interaktif : .

Video memainkan peranan yang penting dalam menarik minat seseorang. Dalam menempuh era globalisasi, teknologi dalam pendidikan menggunakan video mampu menarik minat pelajar lebih-lebih lagi dalam subjek pengajaran di dalam kelas seperti subjek biologi, kimia dan lain-lain.
Berikut merupakan beberapa paparan contoh video interaktif yang menarik minat masyarakat. 


 (Future application of Graphene)



(Math Classes in Future)


(Math Textbook in Future)
6.    http://www.youtube.com/watch?v=MlgyuA_MN1E&feature=related 

(The Future of Technology)

9.http://www.youtube.com/watch?v=W2Vk4OIu1j4&feature=related 

(The worlds most amazing toy. Mechanical engineering )







Sunday 13 May 2012

Teknologi dan Budaya Membaca


BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila minat membaca di kalangan generasi muda semakin merudum.

Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.

Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.

Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.

National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina semula sistem budaya mereka.
Menurutnya, jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan gagal.

Pelik apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik.

Jurang yang pada mulanya kecil menjadi besar kerana masing- masing cuba menegakkan pendapat sedangkan membaca satu keperluan bukan paksaan.
 
Dewasa ini kita boleh lihat, perkembangan teknologi berlaku dengan sangat pantas sehingga kita sendiri tidak mampu mengejar apatah lagi mengaplikasikannya. Bahkan kita sendiri tidak sedar bilakah wujudnya teknologi tersebut. Tidak dapat dinafikan, teknologi memainkan peranan yang penting pada zaman ini. Saya juga tidak terlepas daripada golongan orang yang memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian. Jika tanpa teknologi, mana mungkin saya mampu melancarkan penulisan blog ini.

Bagaimanapun, kebanjiran teknologi juga memberi impak yang besar kepada perkembangan minda dan daya kreatif golongan remaja masa kini memandangkan golongan tersebut merupakan pengguna terbesar peralatan dan pengaplikasian teknologi. Dalam teknologi berbentuk peralatan, remaja begitu taksub dengan peralatan-peralatan terbaru seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain mp3, mp4 dan sebagainya. Dalam bentuk pengaplikasian pula, remaja gemar menghabiskan masa bermain permainan video sama ada di pusat internet (cyber cafe) mahupun di rumah.

Teknologi ini walaupun pada dasarnya menyenangkan kita, tetapi akhirnya menjadikan kita terlalu bersenang-lenang sehingga menjadikan kita golongan pengguna teknologi. Sepatutnya daripada kita menjadi golongan pengguna, adalah lebih baik untuk kita menjadi golongan pencipta. Secara senyap, kita sebenarnya membenarkan minda kita berada dalam gelombang alfa iaitu gelombang yang membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan rileks. Tenang memang baik tetapi bukan setiap masa kerana akhirnya akan menjadikan kita leka. Daya kreativiti kita akan mati kerana kita tidak membenarkan minda kita berada dalam gelombang beta iaitu pemikiran kreatif.

Tahniah diucapkan kepada Barat kerana niat "mulia" mereka untuk mengteknologikan masyarakat sebenarnya lebih bertujuan untuk mengawal minda masyarakat. Paling penting untuk mengawal pertumbuhan ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kuasa ekonomi tetap di tangan mereka. Inilah perancangan yang telah dilakukan sejak sekian lama sehingga tidak ramai yang menyedarinya. Wujudnya televisyen tidak lebih kepada supaya masyarakat akan melebihkan masa di dalam rumah dan melupakan tradisi kemasyarakatan seperti bergotong-royong. Akhirnya semangat kemasyarakatan akan terhapus dan digantikan dengan sikap individualistik. Maka semakin mudahlah mereka menjajah pemikiran kita.

Jadi, ayuhlah kita memulakan perubahan dengan amalan membaca kerana membaca memberikankan kita lebih informasi dan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta menjadikan diri bersifat berdaya saing. Sekian.