Tuesday 22 May 2012

Pengenalan Diri

Nama                                    : Emy Marhin Binti Aman
No. Matrik                            : A132860
Tutorial                                  : Selasa
                                              8.00 malam – 10.00 malam
Program                               : Sains Aktuari
Tahun Pengajian                   : Tahun 2
Semester                              : Sesi 2 2011/2012
Tempat                                 : Makmal Komputer 3, Dewan Budiman
E-mail                                   : marissabatrisya@rocketmail.com

Tuesday 15 May 2012

Produk Inovasi

Assalamualaikum dan Salam Ceria ^^

berikut merupakan produk yang berjaya dihasilkan dengan menggunakan kotak minuman dan penutup botol.










Video Kumpulan


Assalamualaikum dan Salam Ceria ^^,



Produk Inovasi

Penghasilan bekas pensil menggunakan tin yang sudah digunakan.









Monday 14 May 2012

. : Video Interaktif : .

Video memainkan peranan yang penting dalam menarik minat seseorang. Dalam menempuh era globalisasi, teknologi dalam pendidikan menggunakan video mampu menarik minat pelajar lebih-lebih lagi dalam subjek pengajaran di dalam kelas seperti subjek biologi, kimia dan lain-lain.
Berikut merupakan beberapa paparan contoh video interaktif yang menarik minat masyarakat. 


 (Future application of Graphene)



(Math Classes in Future)


(Math Textbook in Future)
6.    http://www.youtube.com/watch?v=MlgyuA_MN1E&feature=related 

(The Future of Technology)

9.http://www.youtube.com/watch?v=W2Vk4OIu1j4&feature=related 

(The worlds most amazing toy. Mechanical engineering )







Sunday 13 May 2012

Teknologi dan Budaya Membaca


BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila minat membaca di kalangan generasi muda semakin merudum.

Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.

Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.

Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.

National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina semula sistem budaya mereka.
Menurutnya, jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan gagal.

Pelik apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik.

Jurang yang pada mulanya kecil menjadi besar kerana masing- masing cuba menegakkan pendapat sedangkan membaca satu keperluan bukan paksaan.
 
Dewasa ini kita boleh lihat, perkembangan teknologi berlaku dengan sangat pantas sehingga kita sendiri tidak mampu mengejar apatah lagi mengaplikasikannya. Bahkan kita sendiri tidak sedar bilakah wujudnya teknologi tersebut. Tidak dapat dinafikan, teknologi memainkan peranan yang penting pada zaman ini. Saya juga tidak terlepas daripada golongan orang yang memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian. Jika tanpa teknologi, mana mungkin saya mampu melancarkan penulisan blog ini.

Bagaimanapun, kebanjiran teknologi juga memberi impak yang besar kepada perkembangan minda dan daya kreatif golongan remaja masa kini memandangkan golongan tersebut merupakan pengguna terbesar peralatan dan pengaplikasian teknologi. Dalam teknologi berbentuk peralatan, remaja begitu taksub dengan peralatan-peralatan terbaru seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain mp3, mp4 dan sebagainya. Dalam bentuk pengaplikasian pula, remaja gemar menghabiskan masa bermain permainan video sama ada di pusat internet (cyber cafe) mahupun di rumah.

Teknologi ini walaupun pada dasarnya menyenangkan kita, tetapi akhirnya menjadikan kita terlalu bersenang-lenang sehingga menjadikan kita golongan pengguna teknologi. Sepatutnya daripada kita menjadi golongan pengguna, adalah lebih baik untuk kita menjadi golongan pencipta. Secara senyap, kita sebenarnya membenarkan minda kita berada dalam gelombang alfa iaitu gelombang yang membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan rileks. Tenang memang baik tetapi bukan setiap masa kerana akhirnya akan menjadikan kita leka. Daya kreativiti kita akan mati kerana kita tidak membenarkan minda kita berada dalam gelombang beta iaitu pemikiran kreatif.

Tahniah diucapkan kepada Barat kerana niat "mulia" mereka untuk mengteknologikan masyarakat sebenarnya lebih bertujuan untuk mengawal minda masyarakat. Paling penting untuk mengawal pertumbuhan ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kuasa ekonomi tetap di tangan mereka. Inilah perancangan yang telah dilakukan sejak sekian lama sehingga tidak ramai yang menyedarinya. Wujudnya televisyen tidak lebih kepada supaya masyarakat akan melebihkan masa di dalam rumah dan melupakan tradisi kemasyarakatan seperti bergotong-royong. Akhirnya semangat kemasyarakatan akan terhapus dan digantikan dengan sikap individualistik. Maka semakin mudahlah mereka menjajah pemikiran kita.

Jadi, ayuhlah kita memulakan perubahan dengan amalan membaca kerana membaca memberikankan kita lebih informasi dan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta menjadikan diri bersifat berdaya saing. Sekian.

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan

Dalam menempuh era globalisasi, semakin banyak teknologi yang berjaya di hasilkan. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud pembaharuan. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu.

Berikut merupakan beberapa jenis teknologi dan inovasi. Antaranya ialah :-

1) Nasi Segera atau dikenali sebagai Nasgera. Nasgera merupakan produk keluaran syarikat Masdar Safi Sdn. Bhd dan diedarkan oleh Syarikat Mutiara Selili Sdn. Bhd. Nasi segera ini didatangkan dalam empat jenis perisa iaitu Nasi Segera Biasa, Nasi Segera perisa Nasi Lemak, Nasi Segera perisa Nasi Goreng dan perisa Asam Pedas.

Nasgera pelbagai perisa

2) Helikopter bertenaga Roket

Anda tentu tahu filem Doraemon. Kucing dari masa depan yang mempunyai kantung ajaib yang boleh mengeluarkan pelbagai macam peralatan yang aneh-aneh. Salah satu peralatan yang sering digunakannya adalah 'baing-baling bambu' yang boleh dipakai di kepala dan berfungsi sebagai alat untuk terbang. Mungkin anda cuma tersenyum ketika melihat filemnya. Namun bukan tidak mungkin sebentar lagi akan benar-benar ada.Sebuah rancangan helikopter ringan dengan tenaga roket telah dibuat untuk memberikan pengalaman baru menikmati dunia penerbangan. Struktur dari helikopter ini adalah sebagai berikut: terdapat dua buah tangki bahan bakar hidrogen yang akan diletakkan di punggung anda dan helm kaca akan melindungi kepala.Sebuah tangkai baja yang berhubung dengan tabung bahan bakar menjulur ke depan menjadi pegangan tangan anda, sedangkan baling-baling berada di atas kepala. sebuah roket yang diletakkan di hujung baling-baling membolehkan helikopter ini bekerja tanpa menggunakan baling-baling di ekor seperti helikopter pada umumnya. Benar-benar rancangan yang menarik.












3) Kereta Konsep Futuristik daripada Honda : Kombinasi Jet, Robot, Automotif dan Marin

Perlumbaan Great 2025 adalah sebuah kereta konsep futuristik yang dicipta oleh Honda. Reka bentuk ini tetap diilhamkan oleh beberapa permainan naga kerana reka bentuk yang kelihatan seperti kereta yang sukar dipercayai dengan sayap naga yang boleh digunakan untuk melawan dan perjalanan apa-apa jenis trek. Konsep ini telah dirangka untuk memenuhi semua permintaan bangsa yang besar pada tahun 2025 yang akan menjadi satu bangsa yang paling sukar yang pernah dicipta. Sensor sonar kenderaan yang bijak untuk mengesan perubahan dalam kelajuan, rupa bumi dan ketinggian. Sensor sonar / echolocation kenderaan yang mampu mengesan perubahan dalam kelajuan, rupa bumi, dan ketinggian, membenarkan ia untuk beralih kepada sebarang konfigurasi. Dengan kepakaran dalam automotif, marin, robotik, dan jet teknologi sedia ada, Honda memiliki kelebihan yang berbeza, dan daya saing berbanding pesaing-pesaingnya, membenarkan ia untuk memimpin dalam evolusi sukan bermotor di abad ke-21.







4) Fighter Sci-Fi Motosikal

Kemajuan ini telah diperolehi dari mesin yang telah direkabentuk dan dicipta untuk prestasi terbaik. Basikal ini adalah tidak kurang daripada mimpi menjadi kenyataan bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam sci-fi dan pejuang motosikal. Ini adalah edisi terhad Pejuang Motosikal dengan mph 190 dari performance.Bike terdiri daripada bahan-bahan seperti karbon titanium serat, dan casis aluminium. Semasa menunggang motosikal ini, anda akan mempunyai harfiah bersandar forwards.You pasti akan menikmati 64 anda "jarak roda, 27" H kerusi dan bersepadu sistem brek menaiki dengan ciri-ciri yang lebih menarik. Bersedia untuk $ 110,000.00 untuk menunggang motosikal futuristik ini.


5) Konsep Kereta Futuristik daripada Toyota : Hi-Ct Hybrid Car

Konsep kereta hibrid Toyota Hi-CT menawarkan kenderaan yang menyeronokkan dengan rekabentuk pelik mencari, tetapi menurut kepada pasukan Toyota pereka muda Jepun dan Eropah, ini adalah mencerminkan apa kenderaan yang sejuk dan yang besar harus melihat. Idea di sebalik kereta konsep ini hibrid adalah tema "tidak seimbang", mencipta sesuatu yang membuat orang berhenti dan mengambil lihat yang baik. Hi-CT adalah hibrid plug-in dengan motor 1.5L dan menggunakan bateri lithium-ion, yang terletak di bawah lantai kenderaan untuk memaksimumkan ruang dalaman kereta. Walaupun ia kelihatan agak boxy dan besar, ia sebenarnya agak kecil. Kenderaan keseluruhan adalah 3,3 meter panjang, 1,6 meter lebar dan 1.7 meter tinggi. Ia berkesan, kiub atas roda. Disebabkan saiz yang kecil, ia hanya boleh membawa dua orang. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kereta 'gaya hidup', ada ruang yang mencukupi di dalamnya untuk semua pengguna aktif atau dua boleh perlu. Batang belakang boleh diubah suai supaya papan luncur, basikal dan peralatan perkhemahan boleh dibawa di sekeliling untuk hari-hari di mana anda perlu untuk keluar ke alam semula jadi.














6) Mesin-mesin Cerdas Seukuran Atom, Nanoteknologi

“Coal and diamonds, sand and computer chips, cancer and healthy tissue: throughout history, variations in the arrangement of atoms have distinguished the cheap from the cherished, the diseased from the healthy. Arranged one way, atoms make up soil, air, and water. Arranged another, they make up ripe strawberries. Arranged one way, they make up homes and fresh air; arranged another, they make up ash and smoke”. Eric Drexler, Engines of Creation

Nanoteknologi adalah segala teknologi masa depan yang memungkinan manusia memanipulasi partikel-partikel super kecil yang besarnya nyaris seukuran atom! Nanometer sendiri adalah ukuran 1/semilyar meter, atau nyaris ketebalan rambut dibelah 50.000. Itulah kedahsyatan teknologi nano. Tujuannya adalah menciptakan material-material baru masa depan, bahkan mesin-mesin dan robot-robot seukuran partikel. Material-material itu akan bisa lebih kuat dari intan, super ringan, tahan panas dan dingin dengan skala yang ekstrim, mampu menghantarkan listrik lebih baik, lebih tahan lama, ramah lingkungan dan seterusnya.

Kemungkinan aplikasinya benar-benar dahsyat dan akan merubah seluruh dunia. Bayangkan bila kita bisa menciptakan berbagai material baru yang lebih keras dari intan, dan jauh lebih ringan dari baja. (Carbon nanotubes, sp2 bond). Kita bisa menciptakan kerangka super kuat untuk mobil, pesawat terbang, atau bangunan dan jembatan. Dengan bobotnya yang lebih ringan, semua mobil dan pesawat juga akan lebih hemat energi.

Kita bisa menciptakan baju anti kusut dan tahan noda. Kita juga bisa menciptakan robot berukuran bakteria, nanobots, dan memasukanya ke dalam tubuh manusia. Fungsinya bisa dari menyembuhkan penyakit, menghancurkan sel-sel kanker, bahkan memperkuat tubuh manusia (Feynman, ”Swallowing the Doctor”). Nanobots ataupun nanoparticles bahkan nantinya diperkirakan juga akan bisa kembali menutup lubang ozon.

Dengan komponen seukuran nano, kita bisa membuat supercomputer sebesar kotak korek api, dan media penyimpanan data yang menyimpan jutaan gigabyte informasi tentang umat manusia dan seluruh alam semesta, sebesar seujung kuku.

Bagaimana teknologi ini bisa dilakukan? Karena mikroskop super-canggih yang dapat melihat atom sudah ada sejak 1981, Scanning Tunneling Microscope (STM), dan Atomic Force Microscope (AFM, 1986).


7) Era Manusia-manusia Super, Rekayasa Genetika

“Human genetic engineering has the potential to change human beings' appearance, adaptability, intelligence, character, and behaviour. It may potentially be used in creating more dramatic changes in humans”. Wikipedia Genetic Engineering.

Manusia telah berhasil memetakan gennya dalam proyek raksasa “The Human Genome Project”. Dengan data ini manusia mempunyai peta informasi untuk mengeksplorasi fungsi dan potensi dari tiap gen dalam tubuh manusia. Mulai dari gen yang menentukan bentuk fisik manusia, gen penyebab kanker, gen yang membentuk ingatan, gen yang menciptakan kecerdasan, bahkan gen khusus yang mengatur proses penuaan.

Ini nantinya akan memungkinkan dilakukannya rekayasa genetika untuk menciptakan manusia-manusia masa depan yang sangat unggul. Manusia dengan kesehatan sempurna, terbebas dari penyakit, berumur lebih dari 100 tahun dan mempunyai kecerdasan mendekati genius.

Bayangkan bila manusia menemukan gen spesial yang membuat Einstein menjadi genius. Lalu gen itu bisa ditransfer ke seluruh umat manusia. Atau keunggulan fisik David Beckham, atau bahkan kharisma John F. Kennedy. Tapi rekayasa genetika tidak hanya untuk manusia, tapi juga bisa untuk tumbuhan dan hewan ternak. Rekayasa genetika bisa menciptakan padi dan gandum jenis baru dengan hasil panen yang berkali-kali lipat. Kita juga bisa menciptakan daging sapi yang lebih empuk dan gurih. Kita bahkan juga bisa menciptakan tanaman dan hewan konsumsi dengan nilai gizi yang unggul.


8) Komputer Kuantum

Bayangkan sebuah komputer masa depan, yang kecepatannya ribuan kali lebih cepat dari supercomputer tercepat sekarang. Ribuan kali lebih cepat dan efisien dari IBM ”Roadrunner” di Los Alamos yang kecepatannya mencapai 1.7 petaflops (1 petaflop = 10^15 operasi per detik).


Inilah kedahsyatan komputer kuantum. Komputer ini begitu dahsyat karena diciptakan memakai fenomena keajaiban dunia kuantum, Superposition dan Quantum Entanglement.

Dalam pemecahan kode misalnya (kriptografi), untuk memecahkan kode yang digitnya sampai 140, komputer biasa akan memerlukan waktu milyaran tahun untuk memecahkannya. Tapi dengan komputer kuantum, ini bisa dipecahkan hanya dalam waktu beberapa puluh menit saja.



Dengan komputer ini manusia juga akan bisa memprediksikan cuaca di bumi dan gejala-gejala alam lain yang sangat kompleks dengan sangat akurat berbulan-bulan sebelumnya, seperti gempa bumi dan tornado. Dan tentu saja ini akan makin merevolusikan lagi kecepatan pengembangan seluruh teknologi canggih yang ada sekarang.

9) Jubah Menghilang Harry Potter, Metamaterial

“The announcement last November of an "invisibility shield," created by David R. Smith of Duke University and colleagues, inevitably set the media buzzing with talk of H. G. Wells's invisible man and Star Trek's Romulans”. MIT Technology Review.

Hanya beberapa tahun yang lalu, seluruh ilmuwan ternama dunia masih yakin bahwa tidak ada satupun material di dunia ini yang bisa membuat manusia menghilang. Itu benar-benar tidak mungkin, karena itu melanggar semua hukum alam yang diketahui manusia. Tapi mereka semua salah.

Metamaterial, menjadi salahsatu bahan yang ramai dibicarakan. Bahan ini bisa membuat sesuatu, menjadi tidak terlihat. Sebuah baju yang menggunakan teknologi ini bisa membuat pemakainya ”menghilang”, seperti jubah ajaib dalam ”Harry Potter”. Sebuah pesawat tempur dengan bahan metamaterial akan jadi tidak terlihat, bukan sekedar tidak terlihat radar seperti teknologi ”Stealth”, tapi benar-benar tidak terlihat mata seperti alat cloaking device dalam Star Trek.

Ini bisa dilakukan misalnya dengan menciptakan material artifisial yang mampu membelokkan radiasi elektromagnetik, demikian pula dengan cahaya, yang pada dasarnya adalah radiasi elektromagnetik. Bahannya bisa seperti timah dan plastik yang diatur dalam struktur pola tertentu.

Metamaterial akan membelokkan cahaya, mengelilingi obyek yang diselimutinya dan berkumpul kembali di ujungnya, seperti air sungai mengelilingi sebuah batu. Dalam penelitian terakhir di Perdue University mereka menggunakan jarum-jarum khusus yang akan membelokkan cahaya melampaui obyek yang diselubungi sementara obyek di belakangnya akan terlihat. Material ini sedang diteliti di seluruh dunia termasuk di MIT, University of California Berkeley, Duke University, dan Caltech di LA.




10) Memasuki Era Hiper-Sonik, Scramjet

Scramjet akan menjadi salahsatu revolusi terbesar dalam sejarah transportasi dunia. Pesawat tempur tercanggih di dunia sekarang, F/A-22 Raptor milik Amerika berkecepatan maksimal Mach 2, atau 2 kali kecepatan suara. Pesawat penumpang Scramjet, akan membawa anda terbang dengan kecepatan 10 kali kecepatan suara, Mach 10.

Penerbangan dari New York ke Tokyo yang sekarang ditempuh dalam waktu 18 jam yang panjang dan melelahkan, akan ditempuh Scramjet, hanya dalam 120 menit.

Scramjet tidak perlu memakai bahan bakar roket biasa yang mahal dan berat, bahan bakarnya menggunakan hidrogen cair yang dicampur penyedotan oksigen langsung dari atmosfer (air-breathing scramjet engine). Pembakaran hidrogen dan oksigen pada kecepatan supersonik inilah yang akan mengakselerasikan kecepatannya.

Ini akan membuat penerbangan dari satu tempat ke tempat lain di seluruh dunia menjadi super cepat.